Wednesday, June 25, 2008

Barang-barang jualan


Assalamualaikum

Untuk pengetahuan anda semua, salah satu minat saya adalah bisnes. Sejak dari sekolah rendah lagi saya sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes. Secara ringkas suka saya berkongsi sedikit informasi tentang barangan jualan saya. Di bawah adalah senarai barangan Jualan saya.

1) Al-Quran Digital - RM 288
2) Madu Kauthar (Harga mengikut pemplet)
3) Barangan HPA (Harga mengikut pemplet)

Hubungi saya jika berminat 019 7701494

Wassalam

Tip Keluarga Bahagia 1

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmahNya dapat kita menikmati keindahan & nikmat dunia pada hari ini. InsyaAllah hari ini saya hendak mula menulis satu lagi ruangan baru yang ingin dikongsikan bersama iaitu "Tip Keluarga Bahagia". Saya tidak mahu menyatakan bahawa inilah tip yang terbaik namun sedikit ilmu & pengalaman ingin saya kongsikan bersama. Sepertimana unjuran agama Islam agar umatnya sentiasa berpesan-pesan sesama umat sejagat.

Baiklah, buat permulaan dalam tip pertama ini, suka saya bermula daripada awal. Bagi saya setiap perkara yang berlaku baik buruk ataupun baik, mesti ada permulaannya. Oleh itu, bagi membina keluarga bahagia, haruslah mempunyai permulaan yang baik.

Sedikit analogi yang boleh saya berikan. Seperti contoh tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan. Kita akan memperolehi hasil yang baik sekiranya permulaan dalam proses menanam pokok ini dilakukan dengan cara & kaedah yang baik serta pokoknya adalah pokok daripada baka yang baik. Nescaya hasilnya juga adalah baik.

Dalam kontek keluarga atau rumahtangga, seharusnya faktor kebahagian bermula bukan dari waktu akad nikah,tetapi telah bermula pada waktu mula-mula perkenalan. Cuba kita fikir-fikir, bagaimanakah perhubungan kita semua dengan pasangan masing-masing waktu mula-mula kenal & bercinta dahulu?sebenarnya Islam telah menggariskan cara-cara & batas-batas dalam pergaulan terutama dengan yang bukan muhrim. Oleh itu, inilah cara terbaik dalam memulakan sesuatu perhubungan denga pasangan masing-masing.

Oleh itu, tip pertama yang ingin saya beri pada hari ini adalah "Bercinta lah selepas kahwin, jangan bercinta sebelum kahwin".

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada tip pertama ini. Sehingga bertemu kembali. Wassalam

Tuesday, June 24, 2008

Diriku seorang Perantau

Assalamualaikum wrt

Kalau hendak di ceritakan pasal perkataan "perantau" memang sinonim dengan diri saya. Seperti petikan lagu dari kumpulan nasyid Zikr, yang berbunyi "perantau, musafir di perjalanan", mengambarkan bagaimana kehidupan seorang perantau.

Saya sudah bergelar perantau sejak berumur 10 tahun lagi apabila arwah abah ditukarkan ke Johor. Jadi terpaksa lah saya, adik2 & mama ikut berpindah dari Terengganu (negeri tumpah darah ku) ke negero Johor Darul Takzim. Menjadi perantau buat pertama kalinya memang memeritkan. Apa tak nya semua banyak perkara yang lain, sehingga saya pernah ditertawakan kerana bercakap dalam bahasa Belanda (bahasa Terengganu lah). Adik saya sampai menangis kena ejek. Namun dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun, segalanya menjadi lebih baik. Banyak perkara baru yang saya belajar. Kawan-kawan pun ramai. Namun belum puas tinggal di Johor, saya sekeluarga terpaksa pindah semula ke Terengganu 2 tahun kemudian kerana arwah abah telah kembali kerahmatullah. Itulah tahun yang menyedihkan buat saya & keluarga. Al-fatihah untuk arwah abahku....

Pada usia 12 tahun saya kembali bersekolah di terengganu. Segala pengalaman semasa berada di Johor digunakan untuk mengharungi hidup di Terengganu tanpa seorang ayah. Pada masa inilah saya & 5 orang adik beradik dapat melihat kegigihan seorang ibu membesarkan anak-anaknya.

Ok, sambung cerita bab perantau. Selepas mendapat keputusan cemerlang UPSR & PMR, saya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di Seremban. Oleh itu sekali lagi diri ini menjadi perantau tetapi kali ini ke Seremban pula. Di Seremban lagi sekali saya berpeluang mengenali budaya orang-orang Negeri 9. Memang berbeza & unik. Mempunyai ramai kawan- kawan daripada orang tempatan, memberikan saya lebih banyak peluang untuk mempelajari & mengenali tentang gaya hidup mereka. Saya cukup gemar mengikut kawan-kawan saya ini pulang ke kampung & mengenali keluarga mereka dengan lebih dekat. Memang unik & best...

Tamat SPM, saya ditawarkan pula ke Universiti di Perak. "Wah, ke Utara pula aku kali ni!" detik hati saya. Bagi saya Perak adalah sebuah lagi negeri yang menarik. Banyak pengalaman yang saya timba & benda baru yang saya jumpa. Di samping itu kebanyakan negeri-negeri utara ni saya dah jelajah termasuk Kedah & P.Pinang. Memang menarik.

Sekarang saya bertugas di Johor pula. Memang betul kata orang, Jauh perjalanan, luas pengalaman. Memang tak cukup sehari kalau nak cerita semua tapi hari ini sekadar muqaddimah. Semoga bertemu kembali di lain masa.

Wassalam.

Saturday, June 21, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wrt
Pertama sekali saya mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana berkat dan inayahNya dapat saya melancarkan blog Perantau ini di hari yang mulia, penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang barakah. Alhamdulillah.

Saya percaya mesti semua pembaca tertanya-tanya mengapa saya menamakan blog ini sebagai "perantau". Ya, semestinya segala apa yang berlaku, ada sebabnya. Oleh itu tunggu tulisan saya yang akan datang di mana ingin saya kongsikan serba sedikit berkenaan pengalaman hidup saya sebagai seorang perantau.

Selamat membaca!