Tuesday, June 24, 2008

Diriku seorang Perantau

Assalamualaikum wrt

Kalau hendak di ceritakan pasal perkataan "perantau" memang sinonim dengan diri saya. Seperti petikan lagu dari kumpulan nasyid Zikr, yang berbunyi "perantau, musafir di perjalanan", mengambarkan bagaimana kehidupan seorang perantau.

Saya sudah bergelar perantau sejak berumur 10 tahun lagi apabila arwah abah ditukarkan ke Johor. Jadi terpaksa lah saya, adik2 & mama ikut berpindah dari Terengganu (negeri tumpah darah ku) ke negero Johor Darul Takzim. Menjadi perantau buat pertama kalinya memang memeritkan. Apa tak nya semua banyak perkara yang lain, sehingga saya pernah ditertawakan kerana bercakap dalam bahasa Belanda (bahasa Terengganu lah). Adik saya sampai menangis kena ejek. Namun dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun, segalanya menjadi lebih baik. Banyak perkara baru yang saya belajar. Kawan-kawan pun ramai. Namun belum puas tinggal di Johor, saya sekeluarga terpaksa pindah semula ke Terengganu 2 tahun kemudian kerana arwah abah telah kembali kerahmatullah. Itulah tahun yang menyedihkan buat saya & keluarga. Al-fatihah untuk arwah abahku....

Pada usia 12 tahun saya kembali bersekolah di terengganu. Segala pengalaman semasa berada di Johor digunakan untuk mengharungi hidup di Terengganu tanpa seorang ayah. Pada masa inilah saya & 5 orang adik beradik dapat melihat kegigihan seorang ibu membesarkan anak-anaknya.

Ok, sambung cerita bab perantau. Selepas mendapat keputusan cemerlang UPSR & PMR, saya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di Seremban. Oleh itu sekali lagi diri ini menjadi perantau tetapi kali ini ke Seremban pula. Di Seremban lagi sekali saya berpeluang mengenali budaya orang-orang Negeri 9. Memang berbeza & unik. Mempunyai ramai kawan- kawan daripada orang tempatan, memberikan saya lebih banyak peluang untuk mempelajari & mengenali tentang gaya hidup mereka. Saya cukup gemar mengikut kawan-kawan saya ini pulang ke kampung & mengenali keluarga mereka dengan lebih dekat. Memang unik & best...

Tamat SPM, saya ditawarkan pula ke Universiti di Perak. "Wah, ke Utara pula aku kali ni!" detik hati saya. Bagi saya Perak adalah sebuah lagi negeri yang menarik. Banyak pengalaman yang saya timba & benda baru yang saya jumpa. Di samping itu kebanyakan negeri-negeri utara ni saya dah jelajah termasuk Kedah & P.Pinang. Memang menarik.

Sekarang saya bertugas di Johor pula. Memang betul kata orang, Jauh perjalanan, luas pengalaman. Memang tak cukup sehari kalau nak cerita semua tapi hari ini sekadar muqaddimah. Semoga bertemu kembali di lain masa.

Wassalam.

No comments: