Wednesday, June 25, 2008

Tip Keluarga Bahagia 1

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmahNya dapat kita menikmati keindahan & nikmat dunia pada hari ini. InsyaAllah hari ini saya hendak mula menulis satu lagi ruangan baru yang ingin dikongsikan bersama iaitu "Tip Keluarga Bahagia". Saya tidak mahu menyatakan bahawa inilah tip yang terbaik namun sedikit ilmu & pengalaman ingin saya kongsikan bersama. Sepertimana unjuran agama Islam agar umatnya sentiasa berpesan-pesan sesama umat sejagat.

Baiklah, buat permulaan dalam tip pertama ini, suka saya bermula daripada awal. Bagi saya setiap perkara yang berlaku baik buruk ataupun baik, mesti ada permulaannya. Oleh itu, bagi membina keluarga bahagia, haruslah mempunyai permulaan yang baik.

Sedikit analogi yang boleh saya berikan. Seperti contoh tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan. Kita akan memperolehi hasil yang baik sekiranya permulaan dalam proses menanam pokok ini dilakukan dengan cara & kaedah yang baik serta pokoknya adalah pokok daripada baka yang baik. Nescaya hasilnya juga adalah baik.

Dalam kontek keluarga atau rumahtangga, seharusnya faktor kebahagian bermula bukan dari waktu akad nikah,tetapi telah bermula pada waktu mula-mula perkenalan. Cuba kita fikir-fikir, bagaimanakah perhubungan kita semua dengan pasangan masing-masing waktu mula-mula kenal & bercinta dahulu?sebenarnya Islam telah menggariskan cara-cara & batas-batas dalam pergaulan terutama dengan yang bukan muhrim. Oleh itu, inilah cara terbaik dalam memulakan sesuatu perhubungan denga pasangan masing-masing.

Oleh itu, tip pertama yang ingin saya beri pada hari ini adalah "Bercinta lah selepas kahwin, jangan bercinta sebelum kahwin".

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada tip pertama ini. Sehingga bertemu kembali. Wassalam

No comments: